Saturday, January 18, 2014

Tuesday, December 25, 2012

Nikmat sihat sebelum sakit

Hmm..setiap orang ada kelebihan dan ada juga kekurangannya..ada yang waktu ketikanya sihat ada juga waktu ketika akan sakit, waktu sangat cergas dan waktu tidak bermaya, hanya dengan merasai sakit barulah manusia akan merasa nikmat ketika sihat"

Ada artikel yang ditulis mengatakan bahawa salah satu punca gastrik dan sakit kepala adalah disebabkan kerana stress, ada juga yang mengatakan berpunca daripada makanan yang diambil terlalu berminyak ataupun makan tidak ikut waktu"

Saya pun salah seorang dari berjuta juta manusia yang seringkali sakit kepala bila keadaan cuaca terlalu panas ataupun dalam suasana yang tidak sesuai, tapi kadang-kadang bila semuanya macam sudah sempurna pun boleh kena sakit kepada juga.

Bila pergi berjumpa dengan doktor, dia sahkan bahawa saya memang ada gastrik, bila tak makan pada waktu yang ditetapkan asid akan banyak,lepas tu angin akan naik ke kepala menyebabkan sakit kepala, itulah yang doktor cakap,huhu..

Jadi setiap pagi mesti makan ubat gastrik, sampai bila kena makan ubat tu? doktor cakap bergantung pada setiap orang,ada yang sampai 2-3 tahun tetapi yang penting jika makan pad setiap awal pagi, tengahari, petang dan juga malam, insyaallah akan cepat ok,itulah yang doktor kata..

Kita akan menghargai kesihatan hanya apabila merasai sakit, banyak perkara tidak boleh diselesaikan ketika sakit, insyaallah saya akan lebih menghargai nikmat sihat dan berusaha melakukan yang terbaik dalam kehidupan ni"

Saturday, November 24, 2012

JUTAWAN ERA BARU

Memang dah jadi hobi saya tiap bulan akan pergi ke klcc dan lepak di kedai kinokuniya. Rasanya kedai buku ni besaq gila..memang ambik masa yang lama kalau nak round satu kedai tu. Gi tengok wayang pontianak vs orang minyak..mmg lawak,hehe.Ada satu buku yang macam menarik untuk dibaca karangan GOBALA KRISHNAN, dia ni otai bisnes online rasanya,dah jadi jutawan kot. Jadi saya pun teringin nak baca apa yang dia cuba sampaikan.Harap dapat buat side income dengan bisnes online ni :)

1st posting :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera"pada 24 nov 2012 saya berjaya juga buat blog sendiri..sebelum ni dah ada tapi tak aktif pun.Tujuan nya adalah untuk mengisi masa lapang saja dan share apa yang patut"sekarang baru masuk waktu magrib nak solat dulu"ada masa boleh post lagi