Tuesday, December 25, 2012

Nikmat sihat sebelum sakit

Hmm..setiap orang ada kelebihan dan ada juga kekurangannya..ada yang waktu ketikanya sihat ada juga waktu ketika akan sakit, waktu sangat cergas dan waktu tidak bermaya, hanya dengan merasai sakit barulah manusia akan merasa nikmat ketika sihat"

Ada artikel yang ditulis mengatakan bahawa salah satu punca gastrik dan sakit kepala adalah disebabkan kerana stress, ada juga yang mengatakan berpunca daripada makanan yang diambil terlalu berminyak ataupun makan tidak ikut waktu"

Saya pun salah seorang dari berjuta juta manusia yang seringkali sakit kepala bila keadaan cuaca terlalu panas ataupun dalam suasana yang tidak sesuai, tapi kadang-kadang bila semuanya macam sudah sempurna pun boleh kena sakit kepada juga.

Bila pergi berjumpa dengan doktor, dia sahkan bahawa saya memang ada gastrik, bila tak makan pada waktu yang ditetapkan asid akan banyak,lepas tu angin akan naik ke kepala menyebabkan sakit kepala, itulah yang doktor cakap,huhu..

Jadi setiap pagi mesti makan ubat gastrik, sampai bila kena makan ubat tu? doktor cakap bergantung pada setiap orang,ada yang sampai 2-3 tahun tetapi yang penting jika makan pad setiap awal pagi, tengahari, petang dan juga malam, insyaallah akan cepat ok,itulah yang doktor kata..

Kita akan menghargai kesihatan hanya apabila merasai sakit, banyak perkara tidak boleh diselesaikan ketika sakit, insyaallah saya akan lebih menghargai nikmat sihat dan berusaha melakukan yang terbaik dalam kehidupan ni"